RPH Matematik Tahun 1


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MATEMATIK
TAHUN 1

Mata Pelajaran              :           Matematik
Kelas                            :           1 Bestari
Tarikh                           :           2 Mei 2012
Masa                            :           910 hingga 1010 a.m (60 minit)
Bilangan Murid               :           22 orang
Bidang                          :           Nombor dan Operasi
Tajuk                            :           Tambah Nombor Hingga 10
Standard Pembelajaran  :           2.3 (ii)
Objektif pembelajaran     :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,                                                                                    
                                                murid    dapat :
1.       menambah dua nombor  menggunakan bahan konkrit.
2.       menambah menggunakan garis nombor.
3.       melengkapkan ayat matematik tambah.

Elemen Merentas           :           Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian ,memadan                                                                                      


Kurikulum(EMK)                        Teknologi dan Komunikasi (Penggunaan LCD )

Penerapan Nilai             :           Bekerjasama, berhati-hati,daya usaha, keberanian                                                                                 

Kemahiran Berfikir          :           Membanding dan membeza.

Bahan Bantu Mengajar   :           Video-LCD , alat pembilang (straw) , kad bergambar, slaid garis nombor
                                                           
Penilaian Pengajaran &  :           Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Pembelajaran                                       

Alamat Blog                  :           http://rphtambah.blogspot.com/


Langkah
Butiran Kegiatan guru
Hasil Pembelajaran
Strategi/Catatan
Set Induksi
(6 minit)
-Guru menayangkan video ‘Sang Kancil Mengira Buaya’.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang bilangan kancil dan buaya.

- Murid memerhati video yang ditayangkan dengan penuh teruja.

-Murid memberi respon kepada soalan guru.
BBM:
Video
‘Sang Kancil mengira buaya’

Langkah 1
(17 minit)
-Guru menunjukkan kad imbasan bergambar.


-Guru menyoal murid jumlah bilangan objek yang terdapat dalam gambar.


-Guru menyoal beberapa soalan tambah dan meminta murid membilang menggunakan alat pembilang yang di bawa.

-Secara rawak guru menyoal jumlah sebenarnya.


-Murid memerhatikan kad imbasan bergambar yang ditunjukkan oleh guru.

-Murid menyatakan jumlah objek yang terdapat dalam gambar.



-Murid menambah menggunakan alat pembilang.



-Murid menyatakan jumlah sebenarnya dan menulis ayat matematik tambah di papan tulis.
BBM:
Kad bergambar

TKP:
Visual linguistik
Interpersonal
Intrapersonal



BBM:
Alat Pembilang
(straw)

Nilai:
Daya usaha
Tekun
Langkah 2
(15 minit)
-Guru menerangkan cara menambah menggunakan garis nombor.

-Guru ulangi dengan garis nombor yang lain.

-Guru meminta murid menambah menggunakan garis nombor.
-Murid mendengar dan melihat langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor.

Murid memerhati dan memahami penerangan guru.

-Murid menunjukkan langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor pada papan tulis.,


BBM:
Slaid garis nombor, LCD

Pendekatan Pembelajaran:
Pembelajaran Berbantukan Teknologi
Langkah 3
(17 minit)
-Guru meminta murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

-Guru membuat perbincangan soalan-soalan yang terdapat dalam lembaran kerja .

- Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.


-Murid  memberi respon jawapan soalan tambah yang di buat.
BBM:
Lembaran kerja

Nilai:
Kerjasama
Penutup
(5 minit)
-Guru menayangkan slaid pantun.
-Guru meminta murid membaca beramai-ramai  dengan gaya.

-Murid memerhati slaid pantun yang dipamerkan.
-Murid membaca beramai-ramai dengan gaya.
BBM:
Slaid pantun

















No comments:

Post a Comment